Popular Posts

Tuesday, January 1, 2013

Ulasan Piring Hitam

     Sedang mengemaskini blog apabila melihat banyak komen ditulis oleh Hj Hassny di dalam beberapa pos Julai 2011 saya.  Saya lihat komen-komen yang ditulis Hj Hassny tiada respons daripada pihak admin (saya lah tu...).  Sungguh kejam saya!  Oleh itu saya fikir saya nak ulas sedikit tentang komen Hj Hassny itu supaya saya rasa saya tiada berhutanag terhadapnya.

     Mengenai lagu 'Kenang Daku Dalam Doamu' M Bakri, memang saya minat sangat kat lagu tu, walaupun tiada kesan nostalgik selain daripada yang telah saya ceritakan.  Bahkan, saya telah berhasil memuat-turun lagu itu daripada internet.  Di dalam persembahan itu, suara juruhebah (DJ) kedengaran memberi ulasan tentang dua jenis piring hitam yang memutarkan lagu-lagu penyanyi waktu itu. Yang satu EP, yang satu lagi, LP (barangkali LP tu membawa maksud long play sebab piringnya besar; sebesar pinggan makan dan memuatkan banyak lagu (saya dah lupa jumlahnya), diputar dengan kelajuan 45 rpm (rate per minute/kadar kelajuan 45 putaran seminit).  Kalau guna kelajuan 78 rpm, piring akan berputar laju lalu bunyi yang akan keluar adalah seperti suare Alvin and the Chipmunks, atau Chip N Dale dalam kartun Disney. 

Piring Hitam EP
Piring Hitam LP
     Piring hitam EP (barangkali Short Play, tapi kenapa tak 'SP' yek?) lebih kecil, sebesar piring kuih raya, hanya memuatkan empat lagu, diputar dengan kelajuan 78 rpm.  Kalau guna 45 rpm bunyi yang keluar akan jadi besar seperti suara dalam movie yang di slow motion kan.  Atau seperti nyanyian lagu 'Pengantin Bersanding' dalam filem 'Bujang Lapok'. Ingatkan?

Ini rupa radio gram lama yang berubah bunyi sekiranya kuncinya dah longgar seperti yang ditunjukkan dalam filem 'Bujang Lapok'
     Tentang main sukan-sukan tu, memanglah seronok apabila ada 'baju merah' sedang dok perati. 'Tu yang mahal tu he he he (pinjam komen Hj Hassny).  Tapi sidia dah meninggal sewaktu umurnya belum mencapai empat puluh tahun kalau tak silap, akibat penyakit yang ditakuti kaum wanita.  Rakannya yang sama-sama cun; primadona waktu itu pun dah ninggal akibat penyakit yang sama (barah susu).  Sudah sampai janji mereka.  Mogo-mogo parengi dijembari kuboranne...

     Saya kira setakat inilah dahulu ulasan saya.  Lain kali ketemu lagi...

No comments: