Popular Posts

Sunday, June 19, 2011

Mendarat di Jeddah

     Selepas anak saya selesai menunaikan sembahyangnya, dia berpeluang bergambar bersama pramugari Saudi Airlines yang cun melecun!
     Kami sampai di Jeddah lebih kurang jam 5.00 petang.  Tidak seperti di Singapura dan Colombo yang mana para penumpang akan berjalan dari balai menunggu terus ke tangga pesawat, di sini kami harus menuruni anak tangga ke 'tarmac', kemudian dibawa dengan bas panjang ke bilik imigresyen.  Selepas itu barulah kami dibawa ke Madinah dengan bas dan sampai di sana hampir tengah malam waktu tempatan.
Berehat sebentar sebelum menaiki bas ke Madinatul Munawwarah (Bandar yang bercahaya)
         

2 comments:

hassny said...

Memang saya setuju dengan Hj Borhan. Pramugari Saudi Airline tu memang 'sihat' dan 'cun'. Waktu saya ke Makkah thn 2004 dulu naik MAS, pramugarinya semua kurus2 terdiri dari India dan Melayu. Masa tu, mendarat sahaja MAS di Jeddah, kami terus berjalan dari body kpl terbang ke pusat Imigresen, tanpa menuruni tangga kapal terbang.

Borhan Mohamed Dali said...

Waa, untung Hj. Saya 1998 dulu, kena turun tangga. Tempoh hari pun kena turun tangga juga. Mengapa demikian yek? Walau apa pun, itu sikit punya hal. Tinggal lagi, kena turun tangga adalah zaman dulu. Kebanyakan airport dah guna 'tube' yakni tak perlu turun tangga lagi. Kalau masa Hj tahun 2004 dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh lak? Musykil, musykil... He he he