Terima kasih atas komen Hj Hassny. Wah, lagi hebat pengalaman Hj Hassny. Sampai enam hari di rumah pengantin? Seronok jumpa sedara jauh ya? Saya ingat saya pun pernah begitu semasa menghadiri pengantin sedara di Parit Amat Pentil Ayer Hitam yang orang sana panggil 'Ngaritem'. Jumpa seorang saudara yang katanya datang dari Muar. Itulah sekali berjumpa dengannya. Selepas itu tak pernah jumpa sampai sekarang. Namanya pun tak ingat. Kalau jumpa lagi, pun tak kenal dah.
Tetapi saya di sana tak lah sampai 6 hari, barangkali dalam 3 hari je. Macam Hj Hassny tulis, suasana meriah ketika itu. Bezanya, pengalaman saya di Ngaritem adalah sewaktu saya kecil lagi. Oleh itu tak terlibat dengan gotongp-royong. Cuma saya dapat menyaksikan penduduk kampung bergotong-royong mendirikan balai satu hari sebelum majlis yang saya kira agak pelik kerana di tempat saya lebihkurang seminggu sebelum. Selain daripada itu, merasai pengalaman mandi kolam.
Untuk makluman, di Ngaritem belum ada api elektrik dan paip air. Setiap rumah yang terletak berdekatan dengan parit (Parit Amat Pentil) mandi di parit. Bagi rumah yang agak jauh dari parit, pemiliknya menggali kolam untuk mandi, termasuklah tuan rumah yang saya lawati ini, iaitu Embah Muri. Di kampung saya waktu itu, kami mandi air paip. Kalau mandi parit, hanya suka-suka, bersama kawan-kawan. Di sini, saya terpaksa mandi kolam untuk membersihkan badan dalam suasana orang ramai lalu lalang. Airnya, hitam. Memang itulah warna air di kawasan ini.
Mula-mula turun tangga kolam dengan begitu berhati-hati sebab saya tak tau berapa dalam kolam tersebut. Lagi pun, mana tau, entah-entah ada ular dalam kolam tu. Kemudian saya duduk di mata tangga yang terletak di bawah permukaan air lalu menjirus badan dengan air kolam yang dingin menggunakan gayung yang diperbuat daripada tin Planta Majerin. Kemudian menyabun badan dengan sabun berwarna kuning yang tidak berbau wangi. Sabun itu diletakkan dalam bekas sabun yang juga dibuat daripada tin planta majerin dengan ditebuk memanjang tepinya serta dilubangkan bawahnya supaya airnya tus. Selepas beberapa gayung, cepat-cepat saya naik membungkus badan dengan tuala sambil melurutkan seluar k***l basahan. Hari kedua, saya dah berani berdiri di tengah kolam. Tak dalam rupanya. Paras dada itik je. Ular pun tak ada. Tanahnya pun keras.
Satu pengalaman baru, apabila kami turun dari teksi, telah sedia ada beberapa pemuda bersama motosikal dan basikal menunggu. Lalu mereka berulang alik membawa kami ke rumah pengantin. Sementara menunggu giliran kami sampai, kami beramai-ramai berjalan kaki di atas laluan batu merah bersebelahan parit (Parit Amat Pentil) yang di sesetengah tempat ditenggelami lecak tanah hitam. Di atas lecak ini dibubuh pelepah-pelepah kelapa kering. Air di parit di parit hitam jernih, mengalir riang. Di beberapa tempat kami melihat pelantar tempat orang mandi-manda (di Pahang dipanggil 'jamban'. Di Pontian dipanggil apa agaknya yek?). Kadang-kadang kami melihat getah keping berwarna putih yang direndam di dalam parit. Suasana di sekeling kami riuh dengan bunyi cengkerik. 'Krik kruk, krik kruk...'
Lagi satu pengalaman baru, semasa di rumah pengantin, saya melihat Emak bersama beberapa orang di atas rumah menaikki tangga menuju peran lalu mengeluarkan kuih-muih dan membubuhnya di dalam dulang. Di Kampung Batu 6 tiada saya lihat pemandangan seperti ini. Ini mengingatkan saya kepada cerita Pak Pandir yanag bersembunyi di atas peran rumah memakan kuih-muih selama 7 hari berpura-pura pergi belayar.
Sekarang, ada lagi tak peran seperti ini? Mungkin masih ada, cuma saya aja yang tak tau.
Tetapi saya di sana tak lah sampai 6 hari, barangkali dalam 3 hari je. Macam Hj Hassny tulis, suasana meriah ketika itu. Bezanya, pengalaman saya di Ngaritem adalah sewaktu saya kecil lagi. Oleh itu tak terlibat dengan gotongp-royong. Cuma saya dapat menyaksikan penduduk kampung bergotong-royong mendirikan balai satu hari sebelum majlis yang saya kira agak pelik kerana di tempat saya lebihkurang seminggu sebelum. Selain daripada itu, merasai pengalaman mandi kolam.
Untuk makluman, di Ngaritem belum ada api elektrik dan paip air. Setiap rumah yang terletak berdekatan dengan parit (Parit Amat Pentil) mandi di parit. Bagi rumah yang agak jauh dari parit, pemiliknya menggali kolam untuk mandi, termasuklah tuan rumah yang saya lawati ini, iaitu Embah Muri. Di kampung saya waktu itu, kami mandi air paip. Kalau mandi parit, hanya suka-suka, bersama kawan-kawan. Di sini, saya terpaksa mandi kolam untuk membersihkan badan dalam suasana orang ramai lalu lalang. Airnya, hitam. Memang itulah warna air di kawasan ini.
Mula-mula turun tangga kolam dengan begitu berhati-hati sebab saya tak tau berapa dalam kolam tersebut. Lagi pun, mana tau, entah-entah ada ular dalam kolam tu. Kemudian saya duduk di mata tangga yang terletak di bawah permukaan air lalu menjirus badan dengan air kolam yang dingin menggunakan gayung yang diperbuat daripada tin Planta Majerin. Kemudian menyabun badan dengan sabun berwarna kuning yang tidak berbau wangi. Sabun itu diletakkan dalam bekas sabun yang juga dibuat daripada tin planta majerin dengan ditebuk memanjang tepinya serta dilubangkan bawahnya supaya airnya tus. Selepas beberapa gayung, cepat-cepat saya naik membungkus badan dengan tuala sambil melurutkan seluar k***l basahan. Hari kedua, saya dah berani berdiri di tengah kolam. Tak dalam rupanya. Paras dada itik je. Ular pun tak ada. Tanahnya pun keras.
Bekas sabun mandi daripada tin majerin |
Lagi satu pengalaman baru, semasa di rumah pengantin, saya melihat Emak bersama beberapa orang di atas rumah menaikki tangga menuju peran lalu mengeluarkan kuih-muih dan membubuhnya di dalam dulang. Di Kampung Batu 6 tiada saya lihat pemandangan seperti ini. Ini mengingatkan saya kepada cerita Pak Pandir yanag bersembunyi di atas peran rumah memakan kuih-muih selama 7 hari berpura-pura pergi belayar.
Peran atas rumah Embah Mory |