Popular Posts

Wednesday, September 28, 2011

Berhari Raya di Rumah Pengetua

     Selepas waktu sekolah 14 September 2011 bersamaan 16 Syawal 1432, guru-guru SMK Tengku Mahkota telah membuat kunjungan hari raya ke rumah Tn. Pengetua yang akan bersara tidak lama lagi.  Atas permintaan Tn. Pengetua, guru-guru bermarhaban diikuti dengan nazam.  Antara kandungan nazam:-

     Kami ini kumpulan marhaban,
     Ke rumah Pengetua kami bertandang,
     Salah dan silap harap maafkan,
     Makan dan minum minta dihalalkan.

     Ya Rabbana ya Rabbana ya Rabbana ya Rabbana
     Waghfir lana dzunu bana wakaffir anna sayi aatina

     Tuan Pengetua yang cantik bistari
     Sebentar lagi kan tinggalkan kami
     Sedih rasanya di dalam hati
     Entah bila kan jumpa lagi

     Ya Rabbana ...

     Wahai bonda yang kami sayang
     Doakan kami malam dan siang
     Nasihati kami yang sangat kurang
     Untuk dijadikan pedoman.

     Seusai marhaban En. Mohamad Abdul Rahman selaku Pengerusi Kelab Guru tampil berucap meminta nasihat.  Malangnya Pengetua menyatakan akan menjawab ucapan tersebut semasa majlis di Marina pada 18 September kelak.  Demikian adanya.  Wallahu a'lam.
GPK 1, Tn. Hj. Omar Mohd (2 dari kiri).  Di sebelah kanan beliau ialah Hj Khalid

Tn Pengetua (nombor 2 dari kiri).  Yang tudung kuning emas tu Hjh Haliza. Yang serba biru, CC
Dari kiri: Hjh Mawar, Pn Norita, Pn Norshuhadah, Pn Noraini, Pn Hjh Hasnah, Pn. Norma, Pn. Norliza

Guru Disiplin: En. Mustafa (Name Tag musti pakei), Nor Azimi, Hj Md Nor, Rosyam Nor

Dari kiri: En. Muhamad (GPK T6), En. Hanafiah Junior, Tn. Hj Jamali...

Yang kuning kehijauan tu, Pn Norashidah Ab Ghani

En. Muhamad, "Hanafiah mintak duit raya..."

Aduh aduh Siti Aisyah mandi di kali ...

CC dengan Hjh Haliza sedang kira duit raya...

Sunday, September 18, 2011

Marhaban Di Kampung Batu 6 Bakri

     Baru-baru ini saya mengikuti rombongan Kumpulan Marhaban JKKK Mukim Bakri ke rumah Ketua Kampung dan Penghulu.  Salah satu daripadanya ialah di rumah Cikgu Bakar Sujak, Ketua Kampung Parit Hj Zin.  Dalam ucapan beliau, beliau memuji pemuda-pemuda Kampung Batsu 6 Bakri kerana membawakan lagu-lagu lama marhaban semasa mereka berkunjung ke rumah beliau baru-baru ini.

     Saya kira pujian beliau itu adalah memang selayaknya sebab Kampung Batu 6 Bakri sememangnya tidak menukar lirik dan lagu marhaban yang mereka perolehi selama ini.  Menurut Busu Tamat (Jamat bin Abdul Salam) nama nama lagu marhaban adalah 'Sekah', 'Yaman Sekah', Masri', 'Sekah Masri' dan lain-lain yang saya tak tahu nak menyebutnya.  Menurut beliau, lagu itu dipelajar penduduk Kampung daripada seseorang dari Kampung Parit Pinang Seribu, dialunkan setiap tahun semasa marhaban bersama-sama penduduk Kampung Baru (satu ketika dulu, Kampung Batu 6 Bakri dan Kampung Baru.berada dalam satu Pakatan).
     Saya masih ingat sewaktu saya memimpin Kumpulan Marhaban Pemuda Kampung Batu 6 Bakri dulu.  Persembahan kami dipuji oleh tuan-tuan rumah kerana mengekalkan lagu-lagu yang asal.  Salah seorang yang saya masih ingat ialah Allah yarham Aziz Mahfoz; bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bakri.  Saya lihat beliau seronok menikmati alunan suara yang kami dendangkan.  Mata jernihnya merenung lantai, tangan kanannya memegang tangan kiri di atas perut sambil mulutnya kumat-kamit mengikuti selawat yang kami tuturkan.  Setelah kami selesai, dia mengeluarkan satu keluhan kecil tanda kepuasan.
     Sewaktu saya sedang remaja, saya mengikuti rombongan kumpulan yang serupa yang pada waktu itu dipimpin oleh Busu Tamat (Jamat bin Abdul Salam).  Tuan rumahnya ialah Allah yarham Hassan Basri bin Sulaiman (berasal dari Parit Pinang Seribu tetapi menetap di Jalan Daud Muar).  Beliau memuji-muji persembahan kami ketika itu.  Suatu ketika Busu Tamat pernah bercerita kepada saya bahawa lagu Marhaban Kampung Batu 6 Bakri adalah dipelajari daripada orang Parit Pinang Seribu.  Wallahu a'lam.  Ekoran daripada itu, sekarang saya sedar mengapa Allah yarham Hassan Basri Sulaiman memuji.  Rupa-rupanya sebab lagu-lagu marhaban ada iras-iras lagu yang pernah dibawa oleh Kampung Parit Pinang Seribu!  Adakah sekarang masih ada lagi lagu itu di Kampung Parit Pinang 1000?

Wednesday, September 14, 2011

Cari dan Jumpa!

 Salam.  Dah lama tak bersua di alam maya.  Saya ingin respon sedikit tentang komen Hj Hassny melalui artikel 'Menyahut Cabaran 2'.  Di bawah adalah petika komen beliau.


     "Cuma saya amalkan suatu amalan yang dapat merangsang mood saya sentiasa dalam keadaan 'inquiry' dan mengelak kebosanan iaitu amalan "setiap sehari (kalau tak larat seminggu pun boleh) saya mesti pelajari sesuatu yang baru (perkara positif)".

 
Berdepan dengan sikap dan perangai pelajar yang tak berusaha untuk menjadi pandai dan rutin kerja seharian kadangkala menyebabkan kita cepat bosan dan mood menurun. Dengan menulis blog seperti ini atau mengupload lagu-lagu nostalgia sekurang-kurangnya dapat merangsang mood kita agar kita sentiasa bersemangat dan bangkit dalam apa jua kerja yang kita lakukan."


     
     Perenggan satu menunjukkan sikap baik (positif) yang patut ada pada setiap manusia.  Ini bertepatan dengan ajaran Islam; 'hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam', 'tutntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad', dan lain-lain kata hikmat.  Saya teringat seorang pensyarah saya menceritakan kisah dirinya sendiri semasa memberi kuliah di sebuah universiti luar negara.  Dia menceritakan ...


     "Saya tengok dalam banyak-banyak students tu, ada seorang orang Mat Salleh tua duduk di tempat duduk belakang dewan kuliah memerhatikan saya dari mula sampai habis.  Saya berfikir dalam hati, 'Barangkali orang ini seorang pegawai yang dihantar oleh pihak universiti untuk memantau saya.'  Setelah para pelajar meninggalkan dewan, dia masih di situ.  Lalu saya mendapatkannya dan bertanya,


     'Excuse me Sir, who are you?'


     'I am your student!' jawab orang putih itu seolah-olah terkejut dengan soalan saya."


     Demikianlah nilai murni yang ditunjukkan oleh orang putih.  Orang kita pun boleh menunjukkan sikap begitu.  Tepuk dada tanya imaan...


Tuan Haji Chuari Selamat
     Berdepan dengan sikap pelajar pula, (tentulah pengalaman seorang guru) memanglah memeningkan kepala dan kadang kala membuat bacaan tekanan darah kita meningkat, atau pun menghilangkan 'mood'.  Satu jalan keluar daripada stres itu ialah apa yang dibuat oleh Hj Hassny.  Itu namanya 'you need to work and play'.  'All work and no play makes Jack a dull boy.'  Apabila kita dah rasa tepu dengan suasana yang sedang kita hadapi, kita alihkan perhatian ke tempat lain dahulu untuk menyegarkan kembali minda kita.  Barangkali itulah sebabnya Bekas Pengarah Klasik Nasional Tuan Haji Chuari Selamat bertungkus lumus menyediakan satu medium (Klasik Nasional - malar segar) untuk orang-orang lama supaya minda dan emosi mereka sentiasa segar menghadapi beban tugas yang tak surut-surut.  Dia sangat sedar bahawa jiwa 'orang lama' tak dapat menerima trend hiburan yang digilai oleh anak muda zaman sekarang sedangkan hiburan tetap perlu untuk mereka...
    Untung Hj Hassny ada simpanan lagu untuk diupload dan dikongsi bersama saya dan peminat malar segar yang lain.  Tetapi saya lagi untung sebab tak perlu mengupload tetapi dapat mendengar.  Walau bagaimanapun, saya tak dapat 'skill'  mengupload lagu, cuma ada 'skill' mendownload lagu saja.  Kira oklah tu. daripada tak dapat langsung.

     Akhir kalam, selamat meneroka sesuatu yang baru di alam maya!