Tempoh hari saya ada pos sekeping gambar rumah seperti di atas serta ditulis satu soalan di bawah gambar itu, juga seperti di atas. Rumah siapakah itu? Saya mendapat satu respon daripada Kak Ngah. Terima kasih Kak Ngah.
Inilah jawapan kepada soalan tersebut.
Rumah itu ialah rumah pasangan Mohd Dali Melan dan Tuminah Hj Sirat. Dibina kalau tak silap saya pada tahun 1959 atau 1960. Sebelum itu, kami mendiami sebuah rumah kecil yang terletak di hadapan rumah Arwah Embah yang lama (lebih kurang sebelah rumah Arwah Wak Surip). Waktu itu saya masih kecil lagi. Apa yang saya ingat sewaktu pindah, barang-barang diangkut dengan kereta lembu. Adakah ini memang kenyataan atau imaginasi saya yang masih kecil semata-mata, saya tidak pasti. Kalau kenyataan ini salah, tentu kekanda-kekanda saya dapat membetulkannya.
Menurut Bang Ngah, dulu pelantaar rumah bukanlah simen seperti yang terdapat dalam gambar, tetapi lantai kayu atau papan yang mana Kak Long pernah terjatuh ke bawah. Ekoran itu, ayah binakan pelantar simen.
Usia rumah ini tak panjang, cuma lebih kurang dua belas atau tiga belas tahun sahaja sebelum ayah menambah bahagian hadapan pada tahun 1972 seperti yang dilihat sekarang. Tukangnya Pak Ngah Buang (Allahyarham) dibantu Mat Tawar dari Kampung Seri Tanjung.
Bahagian belakang juga ditambah, tetapi ditubahsuai serta ditokok tambah pada tahun 1978. Waktu itu saya sedang belajar di Seremban.

Gambar hiasan sahaja... |