Bertemu kembali selepas empat bulan menyepi. Empat bulan satu tempoh yang lama bagi seorang blogger kalau dia tak menulis. Itulah kelemahan saya. Tidak konsten untuk menulis. Tidak perlu saya beri alasan untuk menutup kelemahan saya. Lagipun saya pernah terbaca sebuah 'word of wisdom' semasa di bilik Self Access Learning di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras semasa kursus KDPK dulu. Bunyinya 'An excuse is a lie guarded'. Lebih kurang dalam bahasa ibunda saya; 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Selain daripada itu, mungkin pembaca pernah terdengar seseorang berkata kepada rakannya, "Tak apa, tak payah pergi. Esok berilah apa-apa alasan yang patut."
Sebelum saya terus mengetuk papan kekunci laptop saya ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Saudara Hairil Anuar dari Batu Pahat tetapi kini menetap di Kuala Lumpur kerana memberi komen kepada artikel saya. Untuk makluman Saudara Hairil Anwar, saya telah menghantar email yang mengandungi response saya kepada komen beliau melalui alamat emel beliau fortitute_x@yahoo.co.uk namun enjin server memberi isyarat "tidak dapat dihantar atas sebab teknikal". Sebagai seorang 'email virgin' saya tidak dapat mencari sebab kepada kegagalan itu. Oleh itu saya meminta berbanyak-banyak maaf kepada Saudara.
Mengenai motor Lambretta yang saudara maksudkan itu, ia telah lama tiada dalam simpanan bapa saudara saya apabila dia menukarnya kepada skuter Vespa. Vespa itu pun dah tak ada. Bapa saudara saya tu pun juga dah tak ada.
Sambil menaip, saya mendengar medley lagu-lagu 60an nyanyian M Sharif, Rodziah Latif, S. Jibeng dan Chandra Rakesh serta diserikan pelawak Hamid Gurkha dan R Jaafar. Medley ini yang dirakam semasa "Malam Himpunan 60an Pop Yeh Yeh" telah dimuatnaik oleh seseorang yang budiman.
http://www.youtube.com/watch?v=7esZHDeu9Wg
Terima kasih kepada orang itu. Selepas 20 tahun, Pop Yeh Yeh masih hangat rupanya. Sekarang dah lebih 50 tahun selepas zaman Pop Yeh Yeh. Masih lagi sentiasa kedengaran di sana sini, terutamanya di majlis-majlis perkahwinan, walau pun para penyanyinya seorang demi seorang telah meninggalkan kita. Radio-radio juga terus memainkan peranan memperdengarkan lagu-lagu ini di dalam ruangan-ruangan yang dikhususkan. Tahniah kepada mereka.