Satu ketika dalam cahaya samar-samar, saya membuka pintu rumah. Di dalam rumah tersebut saya lihat Kak Long, Emak dan Adik Muzaf sedang berbaring di atas tiga buah katil yang terletak sebelah menyebelah, seperti hospital. Pada setiap katil terpasang kelambu, kelihatan seperti kelambu bujang. Apabila saya membuka pintu, mereka terjaga dari pembaringan lalu memandang ke arah saya. Mereka menyatakan mereka tak berapa sihat lalu menyambung pembaringan mereka. Kemudian abah merapati tempat pembaringan emak dengan memakai kain pelekat. Lalu saya bersalaman serta mencium tangan abah sambil abah memandang saya serta mengucapkan sesuatu. Dah lama tak berbuat demikian. Abah kemudian duduk sebelah emak di luar kelambu. Saya langsung keluar dari rumah.
Paginya, saya memakai baju lengan pendek warna kelabu kotak-kotak ke sekolah. Sewaktu rehat seorang pelajar, Farahdilla bte Ehwan yang ayahnya baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu, datang mendapatkan saya. Katanya,
"Cikgu pakai baju sama macam baju ayah saya. Saya rindu kat ayah saya," mukanya redup.
"Kalau rindu, apa yang awak buat?" saya cuba menunjukkan simpati terhadapnya.
"Saya selalu bacakan ayah saya, baca yasiin." Katanya mukanya merah, lalu air matanya bergenang.
"Saya pun. Malam tadi baru saya mimpi jumpa emak dan ayah saya."
"Saya tak pernah mimpi jumpa ayah saya."
"Awak berdoalah semoga awak dapat jumpa dia dalam mimpi"
Dia hampir menangis.
Di bawah saya tuliskan beberapa siri mimpi yang saya alami dahulu untuk dikongsi bersama pembaca, khususnya adik-beradik saya. Wallahu a'lam.
Di ketika yang lain, juga dalam cahaya samar-samar, saya merapati sebuah rumah dari arah kulon. Tingkap rumah itu tertutup rapat. Saya memanggil-manggil nama emak. Tingkap rumah tersebut terbuka lalu emak yang memakai telekung dan kain sembahyang menjenguk di muka tingkap.
Di waktu yang lain pula, kelihatan emak yang ketika itu berusia lebih kurang tiga-puluhan sedang berada di dapur rumah emak (yang sekarang) bersama-sama ramai wanita, sedang menyediakan juadah untuk kenduri. Emak bergelak ketawa bersama-sama wanit-wanita lain.
Abah |
Emak, Badar, Fuad semasa memetik buah duku |
* * * * * *
Paginya, saya memakai baju lengan pendek warna kelabu kotak-kotak ke sekolah. Sewaktu rehat seorang pelajar, Farahdilla bte Ehwan yang ayahnya baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu, datang mendapatkan saya. Katanya,
"Cikgu pakai baju sama macam baju ayah saya. Saya rindu kat ayah saya," mukanya redup.
"Kalau rindu, apa yang awak buat?" saya cuba menunjukkan simpati terhadapnya.
"Saya selalu bacakan ayah saya, baca yasiin." Katanya mukanya merah, lalu air matanya bergenang.
"Saya pun. Malam tadi baru saya mimpi jumpa emak dan ayah saya."
"Saya tak pernah mimpi jumpa ayah saya."
"Awak berdoalah semoga awak dapat jumpa dia dalam mimpi"
Dia hampir menangis.
Nur Farahdilla, nombor dua dari kiri bersama-sama sebahagian ahli Kadet JPAM |
* * * * * *
Sketsa di atas adalah dua peristiwa yang saya alami hari ini; yang pertama mimpi bertemu ayah dan emak, yang kedua dialog saya dengan salah seorang pelajar Pra Universiti, Nur Farahdilla bte Ehwan. Saya fikir penderitaan yang dialami Nur Farahdilla apabila kematian ayah yang dikasihinya lebih hebat daripada yang saya alami lantaran usianya yang masih remaja dan masih dahagakan kasih sayang seorang ayah. Namun ketentuan Yang Maha Kuasa mengatasi segala-galanya. Kita perlu meredhai pemergian orang yang kita kasihi dan anggaplah itu sebagai satu dugaan untuk menguji serta meningkatkan darjat kita di sisNya.